Seorang budak lelaki menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap. Lalu terdengarlah lilin pertama bersuara, "Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjagaku. Mereka lebih suka huru- hara, mengganggu kedamaian. Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar." Lalu padamlah lilin pertama itu.
          Kemudian, lilin kedua pula menyambung: "Namaku IMAN. Sayangnya, tidak ramai manusia mahu mengenaliku. Hiburan duniawi lebih berguna daripadaku. Apalah gunanya aku terus menyala." Dan padamlah lilin kedua itu.
          Lilin ketiga pula menyambung perbualan: Namaku CINTA. Tapi manusia tidak menganggapku berguna. Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri. Tiada gunanya aku terus menyala." Padamlah lilin ketiga itu.
          Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis.
"Apakah yang sudah terjadi ? Mengapa hanya satu yang menyala ? Aku tak mahu begini. Aku takut kegelapan. Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini." Ujarnya tersedu- sedu.
             Melihat budak kecil itu yang ketakutan, lilin keempat pun bersuara: "Jangan takut. Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga- tiga lilin tadi walau sebanyak mana ia padam."
          "Siapa engkau ?" tanya budak itu.
          "Akulah HARAPAN..." jawab lilin keempat.
         Budak itu berhenti menangis. Diambilnya lilin keempat itu lalu dicucuhkan untuk menyalakan ketiga- tiga lilin yang telah mati tadi. Bilik itu terang- benderang semula. Budak itu tersenyum. HARAPAN tidak pernah mati, sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang.
Sumber- Majalah Mastika Oktober 2012

Views: 5

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service