Sebelum ini kita pernah melihat Proton Preve versi hatchback yang sengaja direka orang awam untuk memberi gambaran sendiri. Namun kali ini ia dipercayai sebagai gambar prototaip Proton Preve  hatchback.

Melayukini.net – Mengancam! Gambaran Kedua Model Proton Preve Versi Hatchback | Sebelum ini Melayukini.net pernah menyiarkan gambaran awal yang telah ‘diphotoshopkan’  model proton Preve versi hatchback (LINK), namun kali ini ia adalah gambaran kedua yang bakal akan keluar tidak lama lagi. Walaubagaimanapun versi ini tidak akan diperkenalkan di Malaysia, namun akan mula diperkenalkan di pasaran Australia awal tahun 2014. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.

Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di atas?

Melayukini.net - Oh jadi bermakna, gambaran di atas masih lagi belum dikira gambaran sebenar dan hanya dikira sebagai versi prototaip sahaja. Kita tunggu sahaja dari pihak proton tentang versi hatchback yang bakal keluar pada tahun hadapan. Proton melihat versi hatchback juga mampu memberikan pulangan keuntungan yang berganda seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat lain.

Views: 46

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2019   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service