PENGUNJUNG  yang datang ke ladang teh di  Cameron Highlands berpeluang melihat sendiri proses pembuatan teh  dengan lebih  dekat .

ERCUTIAN ke tanah tinggi Cameron Highlands sangat dinantikan oleh penulis  tambahan pula dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana yang  nyaman dan sejuk.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa sekitar lima jam. Setibanya di  sana, kami memilih untuk menginap di sebuah pangsapuri yang terletak di Tanah  Rata, tidak jauh dari pasar malam yang terkenal dengan kunjungan pelancong dari  dalam dan luar negara.

Setelah menyiapkan diri di bilik, kami memulakan perjalanan menerokai bumi  Cameron Hinglands bermula dari Tanah Rata hingga ke Brinchang.

Di sana, kami melalui kebun-kebun sayuran yang terletak di tepi jalan besar  dan kami juga singgah di kebun strawberi yang turut menyediakan kedai menjual  barangan berasaskan buah tersebut serta bunga-bungaan segar.


Kunjungan ke Cameron Highlands tidak lengkap sekiranya kami tidak merasai  sendiri pengalaman memetik buah strawberi yang masak ranum dari pokoknya.

Bukan sahaja buah strawberi yang terdapat di kebun itu, bahkan pelbagai jenis  bunga dan juga tumbuhan tanah tinggi yang jarang ditemui boleh dilihat di  sana.

Setelah penat menjelajah seluruh kebun, kami pun singgah di kafe yang  terletak di kebun itu untuk menikmati jus dan kek strawberi yang segar dan  enak.

Perjalanan kami diteruskan ke Ringlet untuk pergi ke Ladang Teh Boh yang  terkenal di Cameron Highlands.

Mengikut cerita, ladang ini merupakan tempat di mana pokok teh mula ditanam  secara besar-besaran di negara ini dan seterusnya menjadi ladang teh tertua  negara dengan jenama teh terkenal iaitu BOH.

Di sini juga, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat pokok-pokok teh yang  renek dan melihat bagaimana pekerja memproses daun teh sehingga boleh  dipasarkan.

Kami sempat mengunjungi kilang memproses teh dan alatan yang digunakan oleh  mereka dalam menyediakan teh yang bermutu tinggi.

Uniknya, pengunjung yang datang dapat menikmati teh di restoran yang terletak  di atas bukit dengan pemandangan ladang teh yang menghijau.

Sebut sahaja apa jenis minuman berasaskan teh, sudah pasti kamu boleh  mendapatkannya dengan pelbagai jenis perasa yang enak.

Setelah penat seharian berjalan, kami pulang ke hotel dan menikmati makan  malam di kawasan pasar malam berhampiran sambil membeli sedikit cendera hati  untuk dibawa pulang.

Pada keesokan harinya, kami bersiap untuk mendaftar keluar agar tidak perlu  kembali ke hotel selepas melawat beberapa tempat yang telah dirancang.

Kami menuju ke kebun sayuran yang terletak di Brinchang, dan membeli sedikit  sayuran untuk dibawa pulang seperti kobis, brokoli, kobis bunga dan pelbagai  lagi sayuran yang segar dengan harga murah.

Setelah itu, kami melawat taman rama-rama dan juga taman kaktus yang ternyata  memberi sedikit kelainan pada lawatan kami kali ini.

Saya juga membeli beberapa pokok kaktus mini untuk menghiasi bilik bacaan di  rumah nanti.

Ternyata walaupun percutian ini sekejap, namun kami dapat menghabiskan masa  berharga bersama rakan-rakan dengan aktiviti berfaedah.

Mungkin pada percutian akan datang, kami akan datang lagi ke sini untuk  menikmati aktiviti lasak yang tidak sempat dilakukan pada percutian ini di  Cameron Highlands. - AZRIN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20130105/pl_01/Misi-mencarBi-Bteh-di-Cameron-Highland#ixzz2IaXk1cIB ©  Utusan Melayu (M) Bhd

More Article:  http://whazzupu.blogspot.com

Views: 28

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2019   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service