MAZNAH Mazlan (tengah) bersama kontinjen  Malaysia dan peserta yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa bersama  penerima sijil kecemerlangan pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2012 di  Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

PENUNTUT dari beberapa institusi pengajian tinggi dan kemahiran tempatan  melakar kecemerlangan dan pencapaian membanggakan pada Pertandingan Kemahiran  ASEAN (ASC ) 2012 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Kejayaan penuntut-penuntut itu bersaing dengan peserta antarabangsa jelas  membuktikan bahawa Malaysia memiliki kualiti dan berkebolehan dalam kemahiran  yang diceburi seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan  negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, dalam  usaha mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, negara memerlukan modal  insan berkemahiran tinggi di samping berpengetahuan dan memiliki teknologi  canggih.


Menurut beliau, pekerja berkemahiran tinggi mampu mencipta teknologi yang  boleh menghasilkan produktiviti lebih kreatif terutama di dalam sektor kemahiran  tinggi.

Setakat ini, jelasnya, sebahagian daripada rakyat Malaysia mempunyai tahap  kemahiran tinggi iaitu setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga  ke atas.

"Sehubungan itu, soal kemahiran kerja patut diberi penekanan kepada penuntut  di negara ini sekiranya kita mahu mencapai status negara maju menjelang tahun  2020 nanti," katanya ketika menghadiri ASC 2012 di Jakarta, Indonesia baru-baru  ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk  Nasir Mat Dam; Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Ramli Hassan; Ketua  Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; Dr. Jalaludin Harun; Ketua  Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan  Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamaruzaman.

Maznah yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ASC 2012 berkata, pertandingan itu  merupakan landasan kepada peserta negara untuk bertanding, mendapat  pengiktirafan, memperolehi peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di  peringkat Asean dan seterusnya di peringkat dunia.

Antara kejayaan yang dikecapi pasukan negara pada pertandingan tersebut ialah  memperoleh tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada ASC 2012.

Pemenang pingat emas mengikut kategori dimenangi oleh Amran Naim (Plumbing  And Heating), Nik Mohd. Fakhrul Razi (Elektrical Installitions), dan  Chen Kim Leun (Cooking).

Ketiga-tiga mereka layak mewakili negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia  (WSC) 2013 yang akan diadakan di Leipzig, Jerman.

Empat pingat perak pula berjaya diperolehi oleh Ooi Chian Jian (Restaurant  Services), Lewi Steven (Wall & Floor Tailing), Mohamad Faizal  Abdul Malik (Mechanical Engineering CADD), Muhamad Aizat Shaari  (Refrigeration Air Conditioning).

Manakala empat pingat gangsa dimenangi oleh Muhammad Zulkarnain Sudin  (Cabinet Making), Mohd. Syazwan Hashim (Welding), Abdul Latif  Ibrahim (Welding), dan Ruqaiyah Azhari (Fashion Technology).

Dalam pertandingan itu, 14 pelajar Malaysia turut menerima Sijil  Kecemerlangan ASC 2012.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20121126/ka_01/Penuntut-Mala... ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Views: 5

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service