Sudah genap sebulan aku berada di Kuantan, Pahang. Sebelum ini aku pernah menulis entri yang bertajuk, Padang MPK 1 Kuantan – Lokasi Berbuka Puasa Menarik. Untuk kali ini pula, aku masih lagi ingin menulis berkenaan tempat menarik di Kuantan, Pahang. Lokasi kali ini adalah Teluk Cempedak.

Sekiranya korang pergi bercuti di Kuantan, Teluk Cempedak merupakan destinasi yang harus korang kunjungi memandangkan lokasinya cuma 5 km daripada Pusat Bandar Kuantan. Aku menginap di D’Embassy Service Residence Suite. Jarak antara penginapan aku ke pantai tersebut hanyalah 4 km, iaitu kira-kira 50 minit tempoh perjalanan sekiranya berjalan kaki. Takkanlah aku nak berjalan kaki ke sana pula, silap-silap ada juga kang aku berbuka puasa dengan air laut nanti… huhu….

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Permandangan Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Lari dari kesibukan Bandar Kuantan yang agak memeningkan dengan kesesakan lalulintas, Teluk Cempedak merupakan tempat yang amat sesuai untuk korang bersantai. Korang boleh menenangkan fikiran dengan menikmati permandangan semula jadi, mendengar deruan ombak sambil merasai kedinginan angin yang sedang bertiup lembut. Korang boleh menggunakan laluan titi yang disediakan untuk menyeberangi teluk sambil melihat badai ombak memukul batu-batuan di situ.

3 bahagian Pantai Teluk Cempedak.

Pantai Teluk Cempedak terdiri daripada 3 bahagian pantai. Pantai yang utama adalah bahagian pantai yang paling meriah, dipenuhi dengan kedai cenderamata, gerai-gerai dan restoran-restoran. Bahagian pantai yang kedua pula, perlu menyeberangi teluk yang dipenuhi batu-batuan dengan menggunakan kemudahan titi yang disediakan. Manakala bahagian pantai ketiga pula, korang perlu mendaki melalui hutan dari bahagian pantai yang kedua.

Suasana Malam di Teluk Cempedak

Daya tarikan Teluk Cempedak. Suasana meriah bila malam menjelang terutamanya pada hujung minggu.

Antara banyak-banyak pantai yang pernah aku kunjungi, Teluk Cempedak adalah agak unik berbading yang lain. Pada kebiasaannya, kebanyakkan pantai pasti akan semakin sunyi apabila tiba waktu malam. Tetapi, perkara seperti itu tidak pula berlaku di sini. Pada waktu malam, semakin ramai orang yang datang berkunjung ke pantai ini, terutamanya pada hujung minggu. Suasana malamnya seolah berada di pusat bandar. Yang menariknya, McD dan KFC di sini adalah 24jam. Itulah faktor penyumbang yang membuatkan pengunjung yang hadir ke sini tidak pernah putus.

Key-chain comel yang aku beli di Teluk Cempedak.

Key-chain comel yang aku beli di Teluk Cempedak.

At the end, aku teringin untuk membeli cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan datang ke Teluk Cempedak. Sebagai pengumpul key-chain yang tegar, aku mencari kelainan yang belum aku miliki. So, aku pun grab 3 ekor menatang comel ni dekat kedai cenderamata yang paling besar di situ. Harga untuk 3 ekor menatang ini adalah RM10. Cukuplah setakat ini, jika korang nak baca banyak lagi, silalah baca di wikipedia : Teluk Cempedak.

Views: 29

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service