Masalah  kekurangan kemudahan tong  sampah  serta kesedaran sivik yang rendah dalam  kalangan peniaga dan pembeli perlu  ditangani segera kerana dikhuatiri mencetuskan masalah susulan yang lain.  -  Gambar hiasan.

BERBICARA tentang pasar malam, pasti terbayang dalam kotak fikiran kita  tentang aneka makanan yang lazat lagi menyelerakan.

Namun di sebalik kerancakan dan riuh rendah suasana pasar malam, mungkin  ramai di antara kita terlupa akan masalah alam sekitar yang boleh timbul akibat  pengurusan pasar malam yang kurang efisien.

Pemerhatian di beberapa lokasi pasar malam yang popular di sekitar Pulau  Pinang seperti Pasar Malam Tun Sardon, Pasar Malam Sungai Nibong dan Pasar Malam  Sg. Dua mendapati wujudnya masalah pengurusan dan pembuangan sampah yang kurang  cekap.

Kekurangan tong sampah di sekitar pasar malam menjadi alasan utama para  pengunjung membuang sampah terutamanya plastik dan lidi pencucuk makanan sesuka  hati di atas jalan raya.

Selain daripada kurangnya kemudahan tong sampah, kesedaran sivik yang rendah  dalam kalangan peniaga dan pembeli juga menjadi punca masalah lambakan sampah  sarap di pasar malam.

Lebih teruk lagi, para peniaga seolah-olah tidak mengendahkan sisa sampah  sarap dan meninggalkan kawasan pasar malam tanpa rasa tanggungjawab. Sampah  sarap dibiarkan begitu sahaja sehinggalah petugas majlis pembandaran datang  untuk membersihkannya.

Masyarakat seolah-olah ingin lepas tangan tentang tanggungjawab terhadap  penjagaan alam sekitar yang sepatutnya diuruskan secara bersama.

Hakikatnya masalah pembuangan sampah sarap terutamanya plastik ini boleh  dikurangkan seandainya para peniaga sedar dan menyertai kempen tanpa beg plastik  yang giat dijalankan di seluruh Malaysia.

Malangnya kempen ini hanya disahut oleh para peniaga di kedai dan pasar raya  sahaja. Bagi peniaga pasar malam, penggunaan beg plastik masih lagi diteruskan  dengan alasan untuk memudahkan para pembeli terutamanya barangan makanan.

Selain daripada masalah pembuangan sampah, aktiviti pembakaran makanan secara  terbuka juga merupakan salah satu masalah alam sekitar yang berlaku di sekitar  pasar malam.

Lambakan gerai di pasar malam yang menjual makanan bakar menjadikan kualiti  udara di kawasan berkenaan merosot dan persekitaran pasar malam seolah-olah  diselubungi oleh asap yang mengganggu sistem pernafasan serta penglihatan  pengunjung.

Kunci penyelesaian bagi merungkai masalah sebegini sebenarnya terletak pada  sikap dan kesedaran masyarakat untuk lebih bertanggungjawab serta peka terhadap  alam sekitar.

MOHAMAD SAIFUDIN MOHAMAD SALEH

Sarjana Komunikasi Sains & Alam Sekitar, Universiti Sains Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20130608/al_01/Tradisi-p... ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Views: 16

Reply to This

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2019   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service