Saya dijemput oleh pesakit yang tinggal di sebuah felda di Terengganu. Sebelum ini, memang saya pernah bertandang ke rumahnya atas urusan yang sama (berubat). Sekitar jam 9:30 malam, saya bersama dua orang sahabat sampai di rumahnya.
Sebagaimana biasa amalan RIDAM, saya terlebih dahulu akan berbual mesra dengan pesakit dan ahli keluarga mereka untuk mengetahui maklum balas awal sebelum memulakan rawatan. Menurut tuan rumah, kes gangguan yang dialami sebelum ini telah selesai sepenuhnya. Pada kali ini, bentuk gangguan yang lain pulak timbul. Kes terbaru turut disaksikan oleh jiran sebelahnya.
Isteri tuan rumah (Kak Sah) memang membasuh pakaian di belakang rumah memandangkan mesin basuh diletakkan di situ. Selang beberapa ketika, anak jiran sebelah berasa pelik bila melihat Kak Sah membasuh sewaktu Maghrib. Setahunya, Kak Sah yang dikenali hanya membasuh pakaian pada awal pagi. Maka ditegurlah Kak Sah setelah melihat dia asyik memasukkan kain ke dalam mesin basuh.
“Kak Sah.. rajin benar basuh baju.. Maghrib dah ni.. Tak ke surau  ..?”
Teguran itu tidak bersahut. Kak Sah masih leka memasukkan baju dalam mesin basuh. Reaksi hambar tersebut menaikkan rasa sangsi jirannya.
“Alah Kak Sah.. Cer paling gok muka tu..Kita ni macam bercakap dengan tiang pulok…”
Alangkah terkejutnya si jiran bila Kak Sah berpaling. Wajah Kak Sah tak seperti yang di kenali. Mukanya putih pucat dan bertaring. Matanya besar dan merah berair. Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Kak Sah.. Dia hanya merenung tajam jiran yang menegur..
Bila melihat Kak Sah umpama pontianak, seribu langkah jirannya lari masuk ke dalam rumah. Mulai saat itu, jirannya fobia untuk menjengah di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika Maghrib.
Selain peristiwa tersebut, tuan rumah juga pernah mendengar bunyi seakan-akan batu dilempar di atas atap rumah. Ada juga kadang-kala bunyi orang berjalan dan adakalanya bunyi seseorang mengheret sesuatu di lantai tanah tepi rumahnya.
Tuan rumah dan isterinya juga sering sakit kepala dan sakit saraf bila hendak bersolat atau membaca Quran. Yang hairannya, masalah yang dihadapi tidak berlaku bila tiada amal ibadat yang ingin dilakukan.
MAKLUMAT ini saya rekodkan dan meminta izin untuk memulakan rawatan. Saya mulakan dahulu PERJALANAN SAFAR dengan berkudun ‘melihat’ plot sejarah cerita tuan rumah. Berulang kali saya kelamkan diri dengan fana zikrullah dan ayat-ayat amalan. Secara batin, saya  ‘melihat’ ada dua makhluk yang bertapak di rumah pesakit saya tersebut. Yang duduk di belakang dapur itulah sinonim dikenali sebagai Pontianak dan ada Pocong di belakang stor rumah mereka.
Sedar dari ‘perjalanan’, saya membuat keputusan untuk ‘clear’ kan dahulu jin yang mengganggu dan setelah itu barulah rawatan dikhususkan kepada tuan rumah sekeluarga. Saya gaulkan ramuan ‘pemagar’ dengan 2kg garam dan segenggam lada hitam. Kemudian, saya bacakan ayat-ayat yang berkaitan untuk maksud yang ingin dibuat. Pada bahan ini, saya pecahkan kepada 2 bahagian.
Bahagian pertama saya campurkan dengan air dan membuat percikan sebagaimana arah tawaf di dalam rumah pesakit. Bahagian yang satu lagi saya tugaskan kepada sahabat untuk menabur di sekeliling luar rumah pesakit.
:: Terperanjat
Tika sahabat saya (Haiqal) menabur di bahagian belakang, tiba-tiba saya lihat dia mematikan langkahnya. Lagaknya seperti terkejut sambil melihat di satu arah iaitu ruang antara dua batang pkok kelapa di hujung belakang stor. Firasat saya berasa ada petanda yang tidak elok berlaku. Lantas saya genggang penumbuk tangan kanan sesudah mencalit air di langit mulut. Saya bacakan ayat pertama surah Al-Lahab hingga ayat ‘…watab’ dan membuat tumbukan ke lantai tanah. Kemudian saya buka tapak tangan dan meniupnya dengan ayat ‘hati Quran’.
Saya tepuk di belakang badan si Haiqal. Dengan sekali tepukan tersebut, Haiqal tersedar. Tahulah saya bahawa dia telah ‘terlihat’ sesuatu. Pantang ‘menegur di tempat kes’ kata arwah guru hadir sebagai sisipan ingatan di kala itu. Maka, saya buat isyarat dengan jari telunjuk di mulut saya menandakan ‘diam’ dan menggesa beliau menghabiskan pusingan tugas. Alhamdulillah, ikhtiar pertama dapat diselesaikan dengan jayanya. Bila menjengah semula ke belakang rumah, maka terbau seperti bau terbakar. Moga-moga yang terbakar itu adalah yang 'dimaksudkan'.
Menurut Haiqal, sewaktu menabur bahan rawatan di belakang stor tuan rumah, dia melihat susuk lembaga berkain dan bertudung putih di balik samar bayang pohon kelapa. Dia cuba beranikan diri untuk melihat dengan lebih dekat.. Masyaallah…!! Pocong…!!!
Pada tika itu, dia berasa seperti mulutnya terkunci.. Langkahnya juga seperti terpasung di tanah.. Walaupun hodoh rupa pocong tersebut, dia terpaksa ‘rela’ melihatnya kerana sukar memalingkan badan. Setelah berasa di tepuk oleh saya, barulah dia tersedar… Wallahu’alam…
Ikhtiar seterusnya saya lanjutkan pada pasangan tuan rumah.. Rupa-rupanya, selepas di ‘clear’, sakit-sakit yang dihadapi sebelum ini hilang sekelip-mata. Ibarat mati punca, maka kesannya berciciran.. Namun begitu, saya tetap membuat rawatan asas kalau-kalau ada saki baki gangguan dalam tubuh pesakit. Alhamdulillah, pesakit sudah sembuh seperti sedia-kala…
Sekitar jam 1:30 pagi, rawatan selesai sepenuhnya dan kami pulang ke rumah masing-masing. Memang selepas kejadian, rasa letih dan sengal-sengal badan mula terasa. Tapi perjalanan ke rumah masih jauh. Ada lebih kurang 1 jam untuk tiba ke destinasi.. Kami singgah sebentar di sebuah warung untuk menghilangkan mengantuk sebelum meneruskan perjalanan.
 
 

Views: 58

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Birthdays

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service