Information

Ghost Stories Club

If you have any story or paranormal experiences to share please join this club...SERAM.Regard

Location: Malaysia
Members: 68
Latest Activity: Oct 4

Discussion Forum

the best online learning place

Started by sony diaz Jun 19, 2017. 0 Replies

homeworktiger is a tutoring site where students can post their questions and tutors will help them answer these questions for a cheap price it is the best …Continue

Pocong vs Pontianak

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

  Saya dijemput oleh pesakit yang tinggal di sebuah felda di Terengganu. Sebelum ini, memang saya pernah bertandang ke rumahnya atas urusan yang sama (berubat). Sekitar jam 9:30 malam, saya bersama…Continue

Tags: Seram, Cerita

DIGANGGU PONTIANAK

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

 EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIRAssalammualaikum wbtSepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang…Continue

Tags: Seram, Cerita

Detik Cemas

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

                                  Seram - Detik Detik Cemas Penangkapan Hantu Kak Limah Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung…Continue

Tags: Seram, Cerita

Comment Wall

Comment

You need to be a member of Ghost Stories Club to add comments!

Comment by Darni Hasni on September 19, 2013 at 2:49am

Cerita lama

Semasa aku kecil-kecil dulu antara tahun 1996 hingga 2000,setiap kali  cuti sekolah kami akan dihantar pulang ke kampung.Pastinya suasana waktu  itu sangat meriah,ditambah lagi sepupu-sepupu aku dari Segamat juga  pulang bercuti.Bermacam aktiviti dilakukan setiap masa.Yang paling  menyeronokkan kami akan mengelilingi ibu saudara kami yang sedang sibuk  menyediakan hidangan tengahari,beliau kami panggil Mak Long Tik.
Keadaan Mak long Tik sekarang(2009) sedikit uzur.Namun pada waktu  itu,beliau masih kuat lagi menyiapkan keperluan di kampong.Suatu hari  seperti biasa,kami mengelilingi Mak Long Tik.Walau sibuk memasak,namun  beliau tetap seronok melayan kami.Kebiasaannya kami akan didengarkan  cerita-cerita lama keluarga kami.Paling digemari ialah kisah-kisah  hantu.
Mak Long Tik bercerita, pengalaman abang iparnya (kita panggil Abang Sudin) yang mengalami pelbagai perkara misteri.
Ceritanya begini;
Pada suatu malam Abang Sudin baru pulang dari pekerjaannya.Beliau  melalui satu kawasan yang gelap dan sunyi berseorangan.Zaman itu masih  dalam tahun 50 an.Sedang berjalan-jalan itu,Abang Sudin ternampak  seorang anak kecil menangis dibahu jalan,terusik dihatinya teringat  anak-anaknya dirumah.Anak kecil itu persis anak-anak biasa saja.Lengkap  batang tubuhnya.
Beliau berhenti dan menyapa anak kecil itu,bertanya kenapa menangis dan  siapa ibu ayahnya.Namun anak kecil itu hanya memandang beliau dan tidak  menjawab serta terus-terusan menangis.Berasa kasihan, Abang Sudin pun  membawa pulang anak tersebut kerumah.Mereka berpapasan berjalan  berpegangan tangan.
Tatkala menghampiri kawasan rumah beliau ,Abang Sudin beristighfar  panjang.Anak kecil itu tiba-tiba saja ghaib.Beliau dapat merasakan geruh  akan terjadi.
Sebaik memasuki rumah,dilihatnya semua anak-anaknya menangis diruang  tengah rumah.Isterinya memangku anak sulungnya yang berbuih mulut.
Menjelang fajar,Abang Sudin kehilangan seorang anak.Memang sudah  takdir,namun terasa kesal dihatinya kerana tidak berfikir panjang  melayan ditengah jalan,entah anak manusia atau anak jin .
Sejak itu sesiapa yang ternampak kelibat anak kecil ditengah jalan dimalam buta,tidak akan sesekali lagi berani melayan.
Wallahualam.
Comment by Darni Hasni on September 19, 2013 at 2:48am

Susuk Tubuh Di Rumah Jiran Yang Sudah Meninggal...

Selamat malam KC dan pendengar setia MJ12 di mana saja berada,
Terima kasih saya ucapkan kerana mengetengahkan pengalaman saya. Nama saya Lyz. Pengalaman saya sewaktu saya berumur 12 tahun. Pada waktu itu saya masih tinggal di rumah kampung belum ada lagi bekalan elektrik, bersama ibu-bapa dan abang saya. Rumah saya pula paling hujung jaraknya, kurang lebih 500m dari rumah penduduk lainnya, dan harus melewati longkang besar sebelum mmasuki halaman rumah saya. Saya punya seorang jiran yang rumahnya bersebelahan dengan saya, maklumlah jiran saya ini orang berada, rumahnya besar tetapi hanya dihuni oleh seorang nenek yang sudah tua. Anak2 jiran saya itu sudah ada rumah masing2 sehingga pada suatu hari jiran saya ini meninggal dunia, tiada sesiapa yang tahu. Bahkan ketika meninggal dunia pun, posisi jiran saya ini sedang terduduk di kerusi menghadap luar rumah. Memang kasihan.
Setelah beberapa minggu jenazah dikebumikan, pada satu malam, saya bergaduh dengan abang saya. Saya tahu abang saya hendak memukul saya, akhirnya saya lari dengan pantas dan memanjat pohon belimbing (star fruit) yang ada di depan rumah saya. Abang saya tak tahu saya sedang bersembunyi di atas pohon. Setelah abang saya masuk kembali ke dalam rumah, mula lah mata saya berkeliaran lihat kiri kanan, atas bawah, ke sungai yang jaraknya 200m dari rumah saya, sehingga ketika mata saya memandang ke arah runah jiran saya yang sudah tidak berpenghuni itu, hairan bila saya ternampak ada susuk tubuh sedang duduk di atas kerusi di mana jiran saya yang meninggal. Sosok itu sedang merenung tajam ke arah saya, seakan-akan benda itu tahu saya sedang memandang ke arahnya.
Saya pun mula menggigil ketakutan apabila benda itu dengan perlahan-lahan berdiri dan berjalan seolah-olah hendak keluar. Saya pun menjerit. Apalagi, saya langsung loncat dari atas pohon hingga kaki saya berdarah kerana jatuh dan terkena batu. Setelah kejadian itu, saya jadi semakin takut dan terbayang-bayang benda itu, akhirnya saya memutuskan untuk tinggal bersama nenek saya yang rumahnya berdekatan dengan ramai penduduk lainnya. Itu saja pengalaman saya, terima kasih dan saya minta maaf kalau ceritanya tidak seram...
TERIMA KASIH LYZ!!!
Comment by Darni Hasni on September 19, 2013 at 2:47am

Rakan Bilik Misteri Selama Dua Hari

Assalamualaikum KC dan para pendengar MJ12,
Saya Zack dari Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, yang berada di Pontian, ingin berkongsi satu kisah yang saya alami sendiri. Saya ada seorang rakan bernama Jonel, dia adalah rakan sebilik saya. Jonel terpaksa pulang ke rumah kakaknya di Melaka karana sakit katanya. Kemudian selepas dua hari, Jonel kembali pulang ke kolej untuk menghadiri kuliah seperti biasa. Saya tegurlah dia seperti biasa dan bertanya adakah dia sudah sihat? Jonel menjawab yang dia biasa-biasa sahaja. Jadi selama dua hari saya makan, pergi ke kuliah, berborak, dan tidur sebilik dengan dia seperti biasa.
Keesokan harinya saya bangun dari tidur dan Jonel sudah tiada di katilnya. Mungkin dia pergi makan agaknya. Selepas saya mandi, saya mendapat panggilan dari pensyarah saya. Pensyarah saya bertanya "Zack, Jonel ada pergi ke kuliah bersama kamu kan?" Saya jawab, "Ya, ada. Kenapa encik?" Jawab pensyarah saya, "Sebenarnya Zack, baru sebentar tadi kakak Jonel menelefon saya dan meminta maaf kerana Jonel tidak dapat hadir ke kuliah dua hari lepas..." Saya sangat terkejut mendengar berita itu, lalu saya menelefon kakak Jonel untuk memastikannya. Benar!!! Kakak Jonel berkata Jonel tidak hadir ke kuliah kerana terkena gangguan. Malah kakak Jonel berkata Jonel sentiasa duduk bersendirian di dalam bilik air dalam keadaan gelap.
Jadi siapa yang menemani saya di kolej selama dua hari itu??? Sehingga sekarang saya runsing!!!
Terima kasih KC dan selamat tengah malam...
TERIMA KASIH ZACK!!!
Comment by Darni Hasni on September 19, 2013 at 2:46am

Berbual Dengan "Ibu"...

Assalamualaikum DJ KC dan para pendengar setia MJ12,

Nama saya Aqilah. Pengalaman ini berlaku setahun dua yang lalu di dalam rumah saya yang di kawasan Pasir Ris.

Saya memang gemar tidur pada waktu malam kerana ini adalah waktu untuk saya beristirehat dengan menonton televisyen sebelum tidur. Pada hari itu, ibu bapa saya telah membeli makanan dari restoran makanan segera "KFC" untuk makan malam kami sekeluarga. Dipendekkan cerita, malam itu saya sedang menonton filem "Kallang Roar" yang telah dirakam oleh adik saya. Waktu sudah pun melepasi 12 tengah malam, agak-agak pukul 12.30 malam. Ibu saya sedang duduk di sofa hadapan saya, khusyuk menaip di komputer ribanya kerana sedang menyelesaikan kerja pejabatnya. Setelah habis, dia pun beredar dari ruang tamu, tetapi saya tidak mengendahkannya. Tidak tahu jika dia masuk bilik tidur atau apapun. Saya sedang khusyuk menonton rancangan televisyen itu.

Selepas beberapa minit, saya perasan ada lembaga sedang duduk di kerusi meja makan. Waktu sekitar satu pagi ketika itu. Di atas meja makan terletak ayam "KFC" yang tidak dapat kami habiskan. Saya tidak menoleh untuk melihat lembaga itu, sekadar dari tepi mata sahaja saya perasanlah ada seseorang duduk di situ. Saya tidak mengesyaki apa-apa pun, saya sangka itu ibu yang telah beredar dari ruang tamu beberapa minit lalu. Gerak-geri ibu seperti sedang memakan ayam "KFC" yang belum habis itu.

Setelah menonton aksi "Dollah Kassim" dalam filem itu, saya pun bertanya kepada ibu dalam Bahasa Inggeris (keluarga saya berbahasa Inggeris di rumah), "Ma, is this true? The Singapore team was really this good last time?" Ibu tidak jawab. Dia masih kelihatan seperti sedang makan. Saya menunggu tetapi tetap tiada jawapan dari ibu. Saya kembali menonton filem itu, tidak terus bertanya kerana mungkin ibu tidak mahu diganggu apabila sedang makan. Saya tidak melihat ke arah meja makan, mata hanya tertumpu pada skrin televisyen sahaja, tidak mengendahkan lagi ibu yang sedang makan. Selepas habis rancangan itu, saya beredar ke bilik untuk tidur. Bila hendak ke bilik, ibu sudah tidak ada di meja makan. Saya sangka ibu sudah masuk bilik untuk tidur.

Keesokan harinya, saya bertanya kepada ibu, "Ma, after you finished your work, where did you go?" Ibu memberitahu saya yang dia masuk tidur selepas habis kerjanya. Saya musykil. Bertanya lagi kepada ibu, "Huh you weren't at the dining table eating the leftover food?" Wajah ibu hairan. Memang, kata ibu, dia terus pergi tidur selepas habis dengan kerjanya. Saya terdiam. Jadi, apakah lembaga itu? Nasib baik "dia" tidak menjawab. Mungkin ini adalah sebab orang-orang tua kata, makanan jangan ditinggalkan di atas meja, harus disimpan.

Comment by Kartika Aeron on September 16, 2013 at 10:50pm

Hantu penanggal

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.   Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.   Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.   Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.   Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.
Comment by Kartika Aeron on September 16, 2013 at 10:48pm

penunggu

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian. Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang. Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar. Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu. Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu.
Comment by Kartika Aeron on September 16, 2013 at 10:47pm

teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.   Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.   Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.   Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.   Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.   Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.   Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.   Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.   Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.   Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.    Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.   Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.   Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.   Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.    Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya, 
Comment by Jasmin Faiza on September 14, 2013 at 9:31am

Dead Bolted Door Opened On Its Own

Our company has been located at our Richmond, Virginia office building for almost 15 years. For years (as long as we can remember), we've felt a "presence" in the office -- especially at night time. We heard all of the creepy sounds of someone walking around, the banging noises, etc. We've seen the lights flicker on and off, and someone thought they spotted an "orb". We've "felt" someone in the room before... Even had an experience where it felt like someone got "grabbed" from behind.

We have two doors on the front of our building. One we use as our main entrance. The other door we keep dead-bolted. It never gets unlocked.

On Sunday, December 2, 2012, I came into the office early to get some work done. I left around 11:30am, and received a phone call from my boss at 3:30pm. He told me he just came into the office and wanted to know why the door (that always stays dead bolted) was opened... Wide open. I told him I was over by that particular door (the coffeepot is next to it), but never touched the door. My boss did a perimeter run to make sure that no one had broken in (there was a break-in several months back), but he didn't see any signs of anything being taken, etc.

He then pulled up one of our cameras that we have angled at that door. Around 2:52pm, the dead bolted door did open... But not with anyone's help. We can't explain it. We've zoomed in and reviewed the video several times. This door opened... And there was no one there.

Http://www.youtube.com/watch?v=7Zsf3qZTpOg&feature=g-upl

Comment by Jasmin Faiza on September 14, 2013 at 9:29am

Dead Houseboy

 

This happened way back 2010. We used to have a houseboy named Zaldy. He's my mom's father side uncle. He came home too late one night, and made my mom too mad. She asked Zaldy to pack his things, and go out of the house, not to return anymore. Zaldy is mad. We have a resthouse in Olongapo which Juliet, Zaldy's Sister, is taking care of. My mom ordered her not to let Zaldy in the house, and even in one of the vacant apartments we own. We found out that Zaldy sought refuge in one of his co-Iglesia ni Cristo's house. Zaldy died 3 days after due to a car accident.

Here goes the scary story:

At around 2:30 am, I was talking on the land line downstairs, just wearing my boxers. Upstairs are my parents in the Master's, my sisters in their room, and my 76 year old grandma who is too weak, and cannot walk anymore, with 2 care givers. They're all sleeping. My grandma is on a hospital bed with an opening at the right-side, foot end. A chair is blocking the opening, with 2 pillows and the TV remote. Her shoes, are under the bed.

2:45, the 2 care givers screamed, which alarmed me. Halfway the stairs, I saw my grandma, going down, right hand holding the railings, and the left hand, is as if someone is helping her go down. (it was Zaldy who's taking care of her before). I thought everything is fine, then I went back to the phone.

2:47, I felt a cold gust of wind at my back

2:49, the dogs are howling like hell. The girl I was talking with on the phone told me to check on the dogs, they're howling differently. I said, it's nothing.

2:55, the maids sleeping on the quarters are running up, crying, screaming and terrified.

3:00, my mom woke up crying, saying she saw Zaldy walk up to their room.

Could that be Him? Or what?

Comment by Jasmin Faiza on September 14, 2013 at 9:27am

A Lovely Visit In The Cemetery

 

This story is about my first experience with the paranormal.

I was about three years old at the time. My family, which at the time was my papa, grandma, mother, and younger brother (who was one at the time), and I were in my papa's car driving down the little pathway in the cemetery. I remember I was on the left side of the car, my brother on the right, and my mother in the middle.

We were driving down the cemetery when I spotted a woman waving at me. She had blond hair that stopped at her chin and it was very curly. She had a blue floral dress on. She didn't look very old, but being three, I thought anybody older than me was old. She had a nice smile on her face. She was waving and walking toward the parking lot. "Mommy! Look at the nice lady waving!" I said. My mother looked to where I was pointing. She didn't see anything, so she just passed it off as a three-year-old babbling. I kept looking at the lady and waved back. As we drove, we lost sight of her, so I stopped waving.

Later, when we got home, my mother asked me what the lady I saw looked like. I described a lady with curly hair and a blue dress. My mother left the room and came back with a picture of my great-grandmother. I told her that was the lady I saw. My mother explained that the lady was my great grandmother who had died when my grandma was 15. My mother was born 12 years later, so we had never met her.

That was my first experience. I have never seen her since, but I like to think she was looking out for us.

 

Members (68)

 
 
 

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2018   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service