Information

Ghost Stories Club

If you have any story or paranormal experiences to share please join this club...SERAM.Regard

Location: Malaysia
Members: 60
Latest Activity: Mar 14

Discussion Forum

Pocong vs Pontianak

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

  Saya dijemput oleh pesakit yang tinggal di sebuah felda di Terengganu. Sebelum ini, memang saya pernah bertandang ke rumahnya atas urusan yang sama (berubat). Sekitar jam 9:30 malam, saya bersama…Continue

Tags: Seram, Cerita

DIGANGGU PONTIANAK

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

 EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIRAssalammualaikum wbtSepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang…Continue

Tags: Seram, Cerita

Detik Cemas

Started by Den Salman May 12, 2015. 0 Replies

                                  Seram - Detik Detik Cemas Penangkapan Hantu Kak Limah Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung…Continue

Tags: Seram, Cerita

Dorm Berhantu

Started by Sally Anis May 7, 2015. 0 Replies

 Dorm Berhantu Di Kem…Continue

Tags: Stories, Ghost

Comment Wall

Comment

You need to be a member of Ghost Stories Club to add comments!

Comment by Darni Hasni on June 30, 2013 at 3:34am
Diganggu puaka dari kubur

Hantu memang wujud didunia ini. tapi tidak pernah kuduga aku akan berdepan dengan makhluk yang hodoh itu.  Ceritanya begini.  Dalam awal 1970an, aku dan suamiku telah berpindah kerumah baru kami.  Kedua dua anak kami ditinggalkan dirumah ibuku, memandangkan kami suami isteri keluar berkerja setiap hari.  Kali pertama kali bermalam disitu, suamiku telah bermimpi ketika pulang dari kerja  dan membuka pintu rumah, dia terlihat didalam rumah kami itu ada kubur cina yang masih baru, lengkap dengan bunga dan tanglong.  Keesokan harinya, suamiku pun bertanyakan pada seorang kawan yang memang mahir dalam perkara perkara yang aneh aneh.  Kawannya menerangkan rumah kami itu bersententangan dengan sebuah bilik mayat dan tapak rumah kami itu adalah bekas tanah perkuburan cina.  Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggak sendirian dirumah.  Selang beberapa minggu tinggal disitu, aku mulai merasa tidak sedap hati.  Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan dirumah.  Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan kerumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku kesana.  Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami.  Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada.  Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak.  Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya.  Diantara tidur dan jaga itu. aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata;"Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang.  Apabila aku membuka mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku.  Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai.  Pakainya serba putih.  Seluruh tunuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya.  Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi.  Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku.  Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku.  Mulutku tak henti henti  membaca ayat ayat suci.  Lama jugak lembaga itu memerhatikankku.  Tetapi, beberapa minit  kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur.  Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.

Comment by Darni Hasni on June 30, 2013 at 2:26am

I like ghost stories

Comment by Mahirah Ana on June 24, 2013 at 4:28am

Terima kasih admin

Comment by Ahmad Zazali on June 8, 2013 at 5:10am

Saya harap ada banyak lagi cerita seram yg menarik

Comment by Jasmine Rasif on April 29, 2013 at 1:48am
Misteri gadis cantik dipesawat
Didalam dunia yang serba modern ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud.  Ini bukan rekaan, tetapi benar.  Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang Sdyney, Australia, aku berkerja seperti yang aku lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat.  Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk.  Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong kong.  Seperti biasa, aku bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing masing dalam cockpit pesawat.  Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan aku ke ruang kargo dibahagian bawah untuk memeriksa muatan.  Itu adalah kerja aku sehari harian.  Apabila aku berada dibawah, aku ternampak seorang gadis cantik dihadapanku.  Aku menjadi gamam sebentar.  Aku tidak dapat berbuat apa apapun kecuali hanya merenung ke arahnya.  Dengan perlahan lahan aku mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi.  Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronnie, teman sekampung aku dari Gold Coast, turun kebawah untuk menyiasat.  Aku melihat Ronnie terpaku seketika.  Kami berdua seolah olah dipaku oleh makhluk itu.  Tidak lama kemudia gadis itu hilang.  Hilang didepan mataku tanpa meninggalkan apa apa kesan.  Kami terus naik ke cocokpit untuk membuat laporan.  Aku kira itu hanya suatu lintasa.  Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa apa seperti suara seorang perempuan.  Menurutnya, ada orang memanggil manggil namanya melalui headphone.  alat itu hanya boleh didengar antara kami dengan menara kawalan.  Setelaha Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong.  Pelik tapi benar, dizaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud.  Tetapi bagi diriku, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka.  Namun hingga ke saat ini, aku masih ingat lagi peristiwa itu.  Dari mana gadis itu datang, dan kemana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?
Comment by Jasmine Rasif on April 29, 2013 at 1:43am
Jerangkong bersalut cheongsam putih
Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun 1988.  Ketika itu saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan.  Memandangkan kesihatan saya belum pulih, doktor yang merawat  saya  mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari.  Setelah empat hari dihospital, kesihata saya beransur ansur pulih kerana maklum sajalah, disini saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat jururawat yang bertugas.  Bagaimanapun, mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak seorang wanita cina berpakaian cheongsam putih lalu ditepi katil saya.  Pada mulanya,  Saya menyangka dia adalah amah hospital atau jurarawat yang bertugas diwaktu malam ketika itu.  Saya tidak mengenal pasti wajahnya kerana keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar.  Bagaimanapun, rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu.  Pada malam jumaatnya, kira kira 1.30 pagi, wanita bercheongsam putih itu tiba tiba memperlihatkan wajahnya kepada saya.  Kali ini dia kelihatan berdiri di luar  tingkap disebelah kiri katil saya.  Wajahnya begitu camtik, rambutnya hitam pekat dan kerintingnya begitu kasar.  Dia melihat saya sambil tersenyum.  Senyumannya itu membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip mata sahaja.  Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi.  Keesokan harinya, apabila suami saya datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku.  Sejak itu, setiap malam sebelum pulang, suami saya membacakan surah yasin.  Pada malam berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu lagi.  Setelah 10 hari dihospital, saya dibenarkan pulang.  Setibanya dirumah kira kira 6.45 petang, saya  nerasa letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi.   Tiba tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan wanita cina itu.  Kebetulan ketika itu azan maghrib pun berkemundang , bayangan wanita cina itu hilang dengan serta merta.  saya tidak menceritakan hal yang baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka itu mungkin perasan saya sahaja.  Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga dan terasa ada orang memeluk saya begitu erat.  Pada mulanya, saya menyangka suami saya, tetapi saya terkejut apabila teringat  dia tidur dibawah, bukan disebelah saya.  Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung.  Saya menjerit sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga.  Badan saya mengigil dan saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil membacakan surah yasin.  Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang serupa itu.  Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.
Comment by Jasmine Rasif on April 29, 2013 at 1:34am

Saya sangat gemar cerita seram..saya ingin konsikan beberapa cerita seram disini.Tq admin

Comment by Azira Gee on April 28, 2013 at 2:43am

Gerita SERAM baikkkkTq admin

Comment by Nasriq Art on April 10, 2013 at 12:23am

I really like ghost stories...please some.Tq

Comment by Ahmad Zazali on March 31, 2013 at 7:59pm

Tq admin for the add

 

Members (60)

 
 
 

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service