SEBAHAGIAN  peserta berehat sambil bergambar  di puncak Bukit Sungai Putih.

YOK juga kalau dapat peluang menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan  belantara yang ada air terjun.

Lebih-lebih lagi jika tiada apa-apa aktiviti dilakukan bersama keluarga  mahupun teman pada hujung minggu.

Tentunya pelawaan daripada Bangi Adventure Team untuk menyertai aktiviti dua  dalam satu iaitu mendaki bukit dan bersantai di Air Terjun Sungai Putih, Ampang,  Selangor pada Ahad lalu sukar untuk ditolak.

Begitulah kesimpulan beberapa peserta seramai 18 orang dalam program yang  berlangsung pada 4 November 2012 lalu.

Program yang diketuai oleh Mohd. Faizal Samat, 27, yang bertindak sebagai  pemandu arah menyaksikan kami memulakan perjalanan dari Taman Saga, Ampang,  Selangor pada pukul 9.10 pagi.

Tak sangka pula, belantara dekat ibu kota Kuala Lumpur mempunyai air terjun  yang tidak kurang cantiknya.

Perjalanan ke air terjun agak santai kerana trek yang ditempuh banyak  menurun. Namun, untuk perjalanan balik, keadaan sebaliknya pula. Ini kerana kami  terpaksa mendaki semula cerun yang curam untuk berpatah balik ke Taman Saga.

Mungkin bagi sesetengah peserta, perjalanan ini agak santai, tetapi tidak  bagi sebahagian peserta yang lain.

Penulis yang turut menyertai program ini mendapati ada peserta yang  'kelelahan' sepanjang mendaki cerun berbukit yang curam.

Disebabkan itu, kami berpecah kepada beberapa kumpulan. Kumpulan penulis tiba  di puncak pada pukul 9.48 pagi dan oleh kerana bosan menunggu peserta belakang  di puncak bukit yang mempunyai ketinggian 402 meter dari paras laut itu, maka  kami membuat keputusan untuk berjalan dahulu menuju ke air terjun.

Nampaknya, keputusan kami untuk berjalan dahulu mengundang sedikit  'kepayahan' apabila kami tersasar masuk ke laluan jabatan hutan yang dibuka  untuk menanda pokok.

Ketika menempuh laluan lereng bukit yang sangat curam, terdetik di dalam hati  bahawa laluan itu bukan laluan sebenar ke air terjun.

Ini kerana penulis dan beberapa rakan lain yang terlibat terpaksa 'merangkak'  dan 'bergayut' pada akar-akar pokok untuk melepasi halangan, sedangkan sebelum  itu, kami dimaklumkan oleh Mohd Faizal bahawa laluan ke air terjun adalah  'cantik' dan bersih.

Setelah bersusah payah menempuh laluan itu, akhirnya kami terjumpa laluan  sebenar dan terus menuju ke air terjun.

Tidak lama kemudian, kami ternampak kelibat rakan lain yang mengikuti laluan  di tepi air terjun.

"Oh... itu rupa-rupanya laluan sebenar ke air terjun," kata penulis kepada  Muni'izam Bey.

Ketika kami berkumpul semula, salah seorang rakan memberitahu kami bahawa  tiga peserta berpatah balik.

Namun tidak lama kemudian, kami dikejutkan dengan kehadiran mereka yang  tiba-tiba muncul.

Mungkin kerana semangat yang tidak mahu kalah, maka ketiga-tiganya  membatalkan hasrat untuk berpatah balik, sebaliknya meneruskan perjalanan ke air  terjun.

Puas mandi-manda sambil menikmati bekalan yang dibawa, sekitar pukul 12.10  tengah hari, kami meninggalkan air terjun.

Jika perjalanan ke air terjun, kami menempuh Trail C, untuk perjalanan  balik semula ke Taman Saga, kami memilih Trail A.

Trail A lebih panjang, curam dan licin. Laluan berbatu menjadi licin kerana  basah ditimpa hujan, selain becak kerana telah 'dilanyak' pendaki dari beberapa  kumpulan lain.

Laluan itu juga membawa kami ke kawasan penternakan ikan yang diusahakan  penduduk sekitar, sebelum mendaki semula sebuah lereng bukit.

Lereng bukit yang kami daki itu adalah lereng Bukit Saga yang terletak  bersebelahan Bukit Sungai Putih. Bukit Saga lebih rendah iaitu sekitar 398 meter  dari paras laut.

Di puncak bukit itu, terdapat khemah tempat rehat penduduk tempatan yang  menghabiskan cuti hujung minggu di situ.

Penulis menamatkan program pada pukul 2.10 petang dalam hujan renyai.  Nampaknya, kawasan bukit ini sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak dalam  dunia pendakian. Syabas kepada peserta dan insya-Allah, jumpa lagi dalam program  yang lain pula. - ROHANA MAN

MENITI pokok tumbang yang menjadi antara laluan ke Air Terjun Sungai  Putih.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20121110/rk_01/Air-Terjun-... ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Views: 14

Comment

You need to be a member of Whazzup-U to add comments!

Join Whazzup-U

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service