Gini.....ada orang cerita....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi  khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah  ngikut kata kedua orang tuanya.

Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini  (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.

Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk  minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah  sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia  menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah  perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai  kepada anak muda itu.

" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu,tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini  sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah  talkin serta siramlah air di atas pusaranya. "

Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca  talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas  air(mawar)itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan  sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil  bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.

" Di mana air di dalam bekas ini ? "  tanya anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. " Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La...mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air teh susu  itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.

Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara  ayahnya,lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan  bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang  sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak  pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya.  Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnya itu,  keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan  itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas  seolah-olah menunjukkan tanda "bagus good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :

   " BOH ADA UMPHH!!.. ".                             

THE END.

Views: 17

Comment

You need to be a member of Whazzup-U to add comments!

Join Whazzup-U

Date/Time

Whazzup-u is a social network for all.

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 12, 2016 at 4:39am. Last updated by Kamsan Amin Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We…

Continue

Created by Kamsan Amin Apr 21, 2015 at 11:03pm. Last updated by Kamsan Amin Aug 19, 2015.

Apply appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Network Admin May 8, 2013 at 3:32am. Last updated by Network Admin Aug 19, 2015.

Phyto Science Biz

Gofishtalk.com

Dunia Seram

Angler's File

Phyto Science Biz

Whazzup-U Mobile App

App for your Android device.

 

Scan The QR Code To Download

© 2019   Created by Shaipul Bahri.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service